PENYELIDIK UniMAP DIBERI PENGIKTIRAFAN OLEH MTSF
Penyelidik UniMAP iaitu En. Lee Boon Beng, pensyarah di PPK Bioproses telah berjaya memperolehi geran berjumlah RM 20,000.00 daripada Malaysia Torey Science Foundation (MTSF) melalui projek penyelidikan yang bertajuk Development of a Novel pH Regulator Capsule to In-Situ Control Lactic Acid Concentration Level in Lactic Acid Bacteria (LAB) Fermentation.
Majlis penganugerahan tersebut telah diadakan pada 21 Disember 2011, di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) wakil kepada YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri di Kementerian Sains Teknologi & Inovasi. Daripada 245 projek yang turut serta, hanya 16 projek sahaja yang terpilih untuk menerima geran tersebut.
Selain UniMAP, antara universiti lain yang berjaya memperolehi geran tersebut adalah Universiti Malaya, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sains Malaysia, International Medical University, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Teknologi MARA.
No comments:
Post a Comment